A Motivasi Dalam PSV.



Bakat dalam Seni Lukis?


Di mana kedudukan anda sekarang? Setiap individu yang membaca ruangan ini pastinya ingin bertanya dengan diri sendiri adakah beliau memiliki kemahiran asas dalam seni lukis serta meminati kerja-kerja seni lukis.Untuk perkongsian bersama, untuk memperolehi kepuasan dalam hidup yang sebenar, kita seharusnya berusaha untuk mempelajari serta mencapai sesuatu ilmu yang belum kita kuasai sepenuhnya.Dalam usaha untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu seni lukis, seseorang memerlukan lebih ketabahan serta keyakinan yang tinggi sebelum dapat menghasilkan sesuatu hasil karya yang dapat dibanggakan.


Dilahirkan dengan berbekalkan bakat semulajadi dalam aspek seni lukis sememangnya merupakan suatu bakat yang telah dianugerahkan oleh Tuhan yang tak terhingga nilainya bagi seseorang insan yang meminati karya seni lukis.Berbekalkan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang diperolehi sama ada secara semula jadi atau pun yang dipelajari, seseorang pengkarya akan dapat merasai keseronokkan apabila berjaya menghasilkan suatu karya seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, dapat diterima serta diperakui oleh golongan masyarakat.

Adakah saya yakin dengan apa yang saya buat?


Tema : Karya Ku
Tajuk : Keyakinan
Media : Poster colour
Pelukis : rozellie@roseli ripen


Melalui lukisan di atas, pelukis sebenarnya cuba untuk meluahkan keyakinannya yang digambarkan secara “abstrak” semasa menghasilkan karya.Kurangnya keyakinan serta tanpa perancangan yang teliti terutamanya dalam aspek penggunaan warna dalam lukisan, menyebabkan terhasilnya hasil karya yang di anggap ringkas serta kurang keyakinan oleh pengkarya semasa menghasilkan karya ini. Motivasi kendiri yang tinggi serta kesungguhan harus wujud dalam diri seseorang pengkarya yang ingin berjaya serta inginkan kelainan dalam kehidupan.Penghayatan terhadap ilustrasi yang dilakukan akan dapat membantu memperkembangkan pengetahuan pengkarya tentang ilmu sebenar yang diperolehi dalam seni lukis di samping dapat berkomunikasi melalui aktiviti seni.Sesebuah karya atau hasil kerja-kerja seni yang baik dari aspek pemberian idea, konsep serta penggunaan ton warna, diharap dapat memberi kepuasan yang tidak ternilai kepada seseorang pengkarya itu sendiri, malah turut memberi sumbangan besar terhadap dunia seni.


"SENI UNTUK SEMUA"

About Me

My photo
Lundu, Sarawak, Malaysia
Melibatkan diri secara tidak langsung dengan penghasilan karya seni halus ( Fine Arts ) dan juga merekabentuk signboard.Karya-karya yang bertemakan lukisan abstrak serta realistik adalah merupakan tema yang selalu digunakan semasa penghasilan karya."Di anugerahkan bakat semula jadi dalam seni" dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang arkitek."