ICT dalam Pendidikan Seni Visual


ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV


Penggunaan peralatan ICT seperti Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merupakan suatu strategi para panitia seni dalam usaha untuk mempelbagaikan kaedah serta strategi dalam pengajaran seni dan seterusnya dapat mempastikan objekif pengajaran yang dirancangkan dapat tercapai dengan sepenuhnya.Mengaplikasikan persembahan multimedia dalam pengajaran serta pembelajaran pendidikan seni visual adalah suatu bentuk persembahan yang dapat mengabungjalinkan unsur-unsur seperti teks,grafik,audio,video serta elemen animasi.

Melalui penggunaan persembahan multimedia tersebut, segala kemahian, pengetahuan serta maklumat yang disampaikan semasa pengajaran akan dapat disampaikan secara menarik serta berkesan.Keadaan tersebut akan membantu para pelajar untuk menjalani pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan menyeronokkan.
Komputer digunakan secara meluas dalam kerja-kerja mereka bentuk grafik oleh juru reka bentuk bangunan di samping dapat berfungsi untuk menghasilkan ilustrasi dan animasi.Ilustrasi adalah suatu komponen reka bentuk grafik yang bertujuan untuk memberikan gambaran bagi menjelaskan sesuatu keterangan serta mesej tentang sesuatu rekaan serta objek.Sebagai contohnya, dalam sesebuah papan iklan yang dihasilkan,ilustrasi berfungsi untuk memberi serta menyampaikan maklumat kepada umum.Oleh yang demikian, penggunaan teks dalam iklan tersebut adalah tidak memadai serta kurang memberi penjelasan kepada pengguna.Pengabungjalinan unsur-unsur atau elemen ilustrasi yang terdapat dalam papan iklan tersebut akan dapat menjadikan papan iklan tersebut menarik dan dapat menyampaikan mesej secara tepat dan berkesan.Jenis-jenis ilustrasi adalah seperti ilustrasi alam semula jadi, teknikal, maklumat dan sebagainya.


Persembahan Elektronik dalam Pengajaran & Pembelajaran PSV.

Penggunaan persembahan elektronik ( Microsoft Powerpoint ) sebagai alat bantu mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual mampu mewujudkan suatu bentuk pembelajaran yang berkesan serta bermutu.Perkara utama yang harus diberi tumpuan semasa seseorang Pembina perisian membina perisian persembahan elektronik adalah dengan mengabungkan unsur-unsur animasi, hyperlink, grafik ,audio, video dan juga teks.Usaha tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menjadikan persembahan menarik serta mencabar, tetapi juga mampu untuk menarik perhatian pengguna.



About Me

My photo
Lundu, Sarawak, Malaysia
Melibatkan diri secara tidak langsung dengan penghasilan karya seni halus ( Fine Arts ) dan juga merekabentuk signboard.Karya-karya yang bertemakan lukisan abstrak serta realistik adalah merupakan tema yang selalu digunakan semasa penghasilan karya."Di anugerahkan bakat semula jadi dalam seni" dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang arkitek."