F. Karya Alam Fauna


Tema : Alam Fauna II
Tajuk : Hornbill
Tahun : 2009
Saiz Karya : 50 cm x 70 cm
Pelukis : rozellie@roseli ripen

A. Gambaran Umum Karya


Pelukis menggunakan tema alam semula jadi untuk menghasilkan karya ini yang bertajuk "Hornbill".Karya yang bertemakan alam semula jadi ini telah diilhamkan oleh pelukis dengan mengambil kira subjek atau objek yang dapat menjadi simbol keindahan dalam kehidupan masyarakat yang menetap di Sarawak. Burung Kenyalang atau lebih dikenali sebagai "Hornbill" adalah merupakan spesies hidupan yang terindah yang boleh didapati di negeri Sarawak.

B. Media dan Teknik.


Pelukis menggunakan pelbagai media serta teknik untuk menghasilkan karya ini. Media seperti warna air, poster colour, oil paster serta menggunakan teknik menggambar seperti lukisan.


C. Asas Seni Lukis serta Prinsip-Prinsip Rekaan dalam Karya.


Dalam karya, pelukis lebih memberi penekanan terhadap penggunaan prinsip-prinsip rekaan dan asas seni reka seperti rupa dan bentuk untuk mempastikan karya yang dihasilkan lebih indah serta kreatif.Nilai estetika dapat ditonjolkan melalui penggunaan warna serta sudut pandangan tertentu pada bahagian objek seperti anggota badan burung serta suasana yang boleh melahirkan karya yang realistik.


Tema : Alam Fauna II
Tajuk : Anugerah Tuhan
Tahun : 2002
Saiz Karya : 28 cm x 38 cm
Pelukis : rozellie@roseli ripen



A. Gambaran Umum Karya


Pelukis menggunakan tema alam semula jadi untuk menghasilkan karya ini yang bertajuk "Anugerah Tuhan". Melihat kepada tajuk yang diberikan, penghasilan karya oleh pelukis ini seolah-olah menyampaikan mesej tentang alam semula jadi kurniaan Tuhan dan disampaikan dalam bentuk lukisan abstrak.Ilham serta idea wujud melalui pelbagai kaedah seperti daya imaginasi, kreativiti serta melalui pemerhatian.

B. Media dan Teknik.


Pelukis menggunakan pelbagai media serta teknik untuk menghasilkan karya ini. Media seperti warna air, poster colour serta menggunakan teknik menggambar seperti lukisan serta teknik mencatan.


C. Asas Seni Lukis serta Prinsip-Prinsip Rekaan dalam Karya.


Dalam karya, pelukis lebih memberi penekanan terhadap penggunaan prinsip-prinsip rekaan dan asas seni reka seperti warna,rupa, dan bentuk untuk mempastikan karya yang dihasilkan lebih indah serta kreatif.Nilai estetika dapat ditonjolkan dalam karya melalui penggunaan unsur-unsur warna pada bahagian dalam objek (prinsip penegasan) boleh menghasilkan suatu karya yang hidup serta realistik.






About Me

My photo
Lundu, Sarawak, Malaysia
Melibatkan diri secara tidak langsung dengan penghasilan karya seni halus ( Fine Arts ) dan juga merekabentuk signboard.Karya-karya yang bertemakan lukisan abstrak serta realistik adalah merupakan tema yang selalu digunakan semasa penghasilan karya."Di anugerahkan bakat semula jadi dalam seni" dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang arkitek."