C. Landskap Alam




Tema : Alam Semula jadi III
Tajuk : Kolam air terjun hiasan
Tahun dibina : 2005
Media : Bahan konkrit seperti batu, simen,pasir, batu-batan, besi, dawai dan pam air serta pvc.
Lokasi : Hadapan Blok Pentadbiran SMK Lundu
Ilham dan reka bentuk : rozellee@roseli ripen
Juru bina : rozellee@roseli ripen




SENI LANDSKAP BERTEMAKAN ALAM SEMULA JADI
Reka bentuk untuk pembinaan kolam hiasan air terjun ini adalah idea serta gubahan yang memberi tumpuan terhadap keindahan alam semula jadi dan dipersembahkan secara realistik serta nyata.Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh pengkarya sendiri dengan bantuan pelajar-pelajar Kelab Seni Lukis SMK Lundu.Susunan objek-objek adalah merupakan perkara utama yang diambil kira dalam kerja-kerja pembinaan supaya objek tersebut menampakkan susunan yang teratur serta mempunyai ruang. Reka bentuk adalah mengambil kira pelbagai teknik serta bahan-bahan gabungan yang dapat menampakkan konsep pembinaan kolam air terjun dengan mengaplikasikan teknik “Membentuk dan Membuat Binaan” untuk Arca.Selain daripada itu, bahan-bahan lain juga turut digunakan seperti bahan konkrit serta batu batan yang dikutip daripada sungai bagi menampakkan lagi keaslian reka bentuk.


Pembinaan serta reka bentuk tersebut mempunyai kepentingan yang tersendiri bukan sahaja sebagai kolam hiasan, tetapi juga berfungsi sebagai taman akademik untuk pelajar-pelajar sains.Kolam yang dilengkapi dengan pam untuk pancutan air terjun dapat menampakkan suasana yang “realistic” semasa ianya berfungsi dengan sepenuhnya.

Seni landskap kolam hiasan tersebut sesungguhnya mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri dengan adanya tumbuhan yang hidup secara menumpang di atas objek-objek seperti batu batan pada bahagian atas air terjun.Pembinaan arca sesungguhnya memerlukan kita berfikiran secara kreatif serta kritis dalam usaha untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika yang tinggi serta menarik.Gabungan pelbagai bahan dalam kerja-kerja membuat arca menunjukkan kesungguhan yang tinggi oleh pengkarya di samping dapat menghasilkan karya yang kreatif serta bermutu.

About Me

My photo
Lundu, Sarawak, Malaysia
Melibatkan diri secara tidak langsung dengan penghasilan karya seni halus ( Fine Arts ) dan juga merekabentuk signboard.Karya-karya yang bertemakan lukisan abstrak serta realistik adalah merupakan tema yang selalu digunakan semasa penghasilan karya."Di anugerahkan bakat semula jadi dalam seni" dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang arkitek."