E.Karya Alam Semula jadi III



Tema : Alam Semula jadi
Tajuk : Pitcher Plant
Tahun : 2002
Saiz Karya : 30 cm x 38 cm
Pelukis : rozellie@roseli ripen

Tema : Alam Semula jadi

 Tajuk : Pitcher Plant 3
Tahun : 2002
Saiz Karya : 30 cm x 38 cm
Pelukis : rozellie@roseli ripen
A. Gambaran Umum Karya


Pelukis menggunakan tema alam semula jadi untuk menghasilkan karya ini yang bertajuk “Periuk Kera”.Karya tersebut diilhamkan setelah tertarik dengan keindahan alam semula jadi di suatu kawasan di daerah Bau, Sarawak yang mempunyai tumbuhan periuk kera.Dengan menggunakan bahan maujud asli tersebut, maka wujudlah suatu idea untuk menggambarkan suasana semula jadi tersebut dalam bentuk karya.

B. Media dan Teknik:


Pelukis menggunakan pelbagai media serta teknik untuk menghasilkan karya ini. Media seperti warna air, poster colour serta menggunakan teknik menggambar seperti lukisan dan catan.


C. Asas Seni Lukis serta Prinsip-Prinsip Rekaan dalam Karya.


Dalam karya, pelukis lebih memberi penekanan terhadap penggunaan prinsip-prinsip rekaan dan asas seni reka seperti warna,rupa, ruang dan bentuk untuk mempastikan karya yang dihasilkan lebih indah serta kreatif.Nilai estetika dapat ditonjolkan melalui penggunaan teknik ton pada bahagian dalam objek seperti periuk kera serta warna yang boleh melahirkan bentuk gambar hidup serta lebih realistik.



About Me

My photo
Lundu, Sarawak, Malaysia
Melibatkan diri secara tidak langsung dengan penghasilan karya seni halus ( Fine Arts ) dan juga merekabentuk signboard.Karya-karya yang bertemakan lukisan abstrak serta realistik adalah merupakan tema yang selalu digunakan semasa penghasilan karya."Di anugerahkan bakat semula jadi dalam seni" dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang arkitek."