Tema : Alam Semula jadi
Tajuk : Ketenangan
Tahun : 2010
Saiz Karya : 34 cm x 48 cm
Pelukis : rozellie@roseli ripen
A. Maksud di sebalik Karya.
Karya ciptaan ini diilhamkan oleh pelukis dengan bertemakan alam semula jadi dan memerlukan daya imaginasi serta kreativiti yang tersendiri.Objek yang cuba digambarkan adalah memberi penekanan terhadap keindahan serta keharmonian alam sekeliling dengan wujudnya objek-objek seperti flora dan fauna.
Dalam penghasilan karya di atas, gambar objek yang berada di kedudukan hadapan haruslah dilukis dengan lebih teliti serta jelas dan diikuti dengan gambar di belakang yang mempunyai kurang nilai dari aspek pemberian warna.Warna latar belakang haruslah terdiri daripada warna yang lembut.Secara lebih terperinci,semasa proses mewarna dilakukan, objek-objek yang berada pada kedudukan paling hadapan hendaklah menggunakan warna-warna yang lebih garang serta matang.
B. Proses Penghasilan Karya:
Langkah 1 : Melukis dan membuat lakaran berpandukan tema serta tajuk.Daya kreativiti serta penajaman daya imaginasi amat diperlukan pada peringkat ini.
Langkah 2 : Memilih media yang sesuai untuk proses mewarna.Mewarna lakaran menggunakan teknik catan ( teknik basah atas kering ).
Langkah 3 : Mewarna latar belakang dengan menggunakan warna lembut dan mengikut proses-proses dalam mencatan.
Langkah 4 : Mewarna objek-objek utama yang berada di bahagian hadapan dengan menggunakan warna yang lebih garang serta matang dan diikuti dengan objek-objek sampingan yang berada di bahagian belakang dengan memberikan warna yang lebih lembut.
Langkah 5 : Proses mengemas hasil akhir karya sebelum dibingkaikan dan dipamerkan.