Tema : Alam Semula jadi
Tajuk : Pitcher Plant 2
Tahun : 2009
Saiz Karya : 50 cm x 70 cm
Saiz Karya : 50 cm x 70 cm
Pelukis : rozellie@roseli ripen
A. Gambaran Umum Karya
Pelukis menggunakan tema alam semula jadi untuk menghasilkan karya ini yang bertajuk “Periuk Kera”.Karya menunjukkan simbolik dalam masyarakat Bidayuh yang menggunakan nama “Teramou” atau “Periuk Kera” dalam Bahasa Melayu.Pelukis lebih berminat untuk mengaitkan karya dengan aspek kehidupan harian masyarakat dengan memberi penekanan terhadap aspek kehidupan dalam masyarakat Bidayuh yang menggunakan periuk kera ini sebagai salah satu alat keperluan dalam kehidupan seharian. “Teramou” atau periuk kera ini sememangnya mempunyai pelbagai kegunaan dan boleh digunakan untuk merebus makanan seperti ubi kayu yang telah diparut dan juga untuk memasak beras pulut selain daripada menggunakan buluh.
B. Media dan Teknik:
Pelukis menggunakan pelbagai media serta teknik untuk menghasilkan karya ini. Media seperti warna air, poster colour serta menggunakan teknik menggambar seperti lukisan dan catan.
C. Asas Seni Lukis serta Prinsip-Prinsip Rekaan dalam Karya.
Dalam karya, pelukis lebih memberi penekanan terhadap penggunaan prinsip-prinsip rekaan dan asas seni reka seperti warna,rupa, dan bentuk untuk mempastikan karya yang dihasilkan lebih indah serta kreatif.Nilai estetika dapat ditonjolkan melalui penggunaan teknik ton pada bahagian dalam objek seperti periuk kera serta warna yang boleh melahirkan bentuk gambar hidup serta realistik.