Tema : Alam Semula jadi
Tahun : 2010
Saiz Karya : 34 cm x 48 cm
A. Mengenali Karya Alam Semula jadi.
Tema : Alam Semua jadi
Tajuk : Pitcher Plant
Tahun : 2010
Saiz Karya : 30 cm x 40 cm
Penghasilan karya bertemakan “Alam Semula jadi” mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan penghasilan gubahan fikiran yang bertemakan alam benda serta menghasilkan seni grafik.Dalam penghasilan karya atau lukisan alam semula jadi,seseorang pengkarya biasanya menggunakan ilham serta sumber idea yang terdapat pada objek-objek pada alam sekeliling seperti akar tumbuhan, daun-daun, tumbuhan yang menjalar dan lain-lain lagi.Oleh yang demikian dalam erti kata yang lain, lukisan alam semula jadi adalah merupakan suatu kegiatan seni yang memerlukan kajian secara teliti serta menyeluruh terhadap objek yang hendak dilukis.Kajian tersebut adalah meliputi elemen penting dalam Asas Seni Reka seperti bentuk, ruang, rupa, warna, ton serta jalinan.
Karya yang bermutu serta mempunyai nilai estetika yang tinggi adalah terdiri daripada karya yang kelihatan timbul serta realistik.Langkah demi langkah yang dilakukan oleh seseorang pelukis semasa menghasilkan karya dapat menunjukkan kehalusan hasil seni sehingga boleh menampakkan setiap bahagian objek secara terperinci seperti tompok-tompok, urat-urat kecil yang terdapat pada bahagian dalam objek-objek tertentu.
Penggunaan media dalam menghasilkan karya bertemakan alam semula jadi perlu diberi perhatian oleh para pengkarya dan juga para pelajar.Media yang biasa digunakan adalah seperti cat air, cat minyak,warna poster colour dan juga menggunakan teknik lukisan pensel.Penggunaan media-media tersebut oleh para pengkarya serta pelajar-pelajar adalah mengikut kesesuaian tertentu serta tajuk karya yang hendak dihasilkan.Media-media ini boleh digunakan untuk menguji kecekapan serta kebolehan seseorang pengkarya semasa melalui proses mewarna dan melukis, malahan juga dapat menunjukkan kemahiran seseorang pengkarya itu untuk membuat penelitian teliti ke atas objek yang hendak dilukis.