March 31, 2010

Unsur Seni dalam Pendidikan Seni Visual



A. Garisan
Dalam karya seni tampak, garisan yang dibentuk adalah bertujuan untuk melukis sesuatu objek.Garisan dapat mewujudkan jalinan yang mempunyai kesan yang pelbagai seperti kasar, licin, tajam, keras dan sebagainya.Unsur garisan adalah penting dalam sesuatu karya kerana ianya dapat berfungsi untuk menimbulkan rupa awal , mewujudkan ruang, memberikan bentuk kepada objek serta mengolah motif.


Melalui contoh gambar diatas, bagaimanakah kita boleh mengenali serta mengesan kewujudan unsur seni seperti garisan dalam objek alam semula jadi ini.Kewujudan objek-objek utama dalam karya seperti urat-urat pada bahagian periuk kera jelas menampakkan wujudnya garisan secara semulajadi.Di samping itu, akar-akar pokok yang melilit serta urat-urat pada daun juga dapat menunjukkan dengan jelas tentang kehadiran unsur garisan tersebut.Garisan yang terbentuk boleh wujud dalam bentuk garisan nipis, tebal dan garisan berserabut. Kehadiran garisan tersebut secara langsung dapat memberikan bentuk serta ruang kepada objek-objek tertentu.Oleh yang demikian, garisan adalah merupakan salah satu unsur seni yang terpenting dan harus diberi tumpuan semasa menghasilkan sesuatu karya.Penggunaan garisan yang pelbagai dalam penghasilan karya dapat menimbulkan jalinan yang mempunyai kesan yang pelbagai serta boleh menimbulkan kesan pergerakan.

B.Rupa
Rupa adalah berkait rapat tentang penghasilan titik serta garisan yang bersambung dan seterusnya dapat menghasilkan rupa. Kaji serta lihat alam sekeliling kita dan kenal pasti kewujudan rupa yang ada.Rupa boleh wujud dalam bentuk rupa geometri dan juga rupa organik.

i. Rupa geometri – adalah meliputi rupa bulat, segi empat, segi tiga serta rupa-rupa lain yang mempunyai sudut-sudut tertentu.

ii. Rupa organik – rupa organik adalah suatu rupa yang bebas serta tidak mempunyai sudut-sudut yang tetap.Ini adalah kerana ianya kelihatan seolah-olah berubah secara bebas dan tidak direka cipta.

C.Bentuk
Bentuk boleh didefinisikan sebagai garis luar yang terdapat pada sesuatu objek serta memberikan bentuk.Objek-objek tiga dimensi (3-D) boleh didapati dalam objek konkrit seperti kerusi,kenderaan,peralatan elektrik dan sebagainya dan objek-objek tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya lebih mudah dilihat dan disentuh.

Objek dua dimensi (2-D) adalah merupakan satu hasil karya yang dibentuk serta direka di atas satu permukaan yang rata.Contohnya : Lukisan, catan dan sebagainya dihasilkan dengan mengaplikasikan penggunaan asas seni reka serta prinsip-prinsip rekaan kerana ianya lebih sebagai bentuk illusi atau bentuk jenis maya.
   

                                                                                                                                       
   Karya di atas adalah merupakan contoh karya yang bersifat dua      dimensi ( 2D) dan bersifat illusi.      

 D.Jalinan
Jalinan dalam konteks seni tampak merujuk kepada suatu sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh dikenalpasti melalui deria penglihatan serta sentuhan.Jalinan boleh wujud pada permukaan objek-objek yang berada di alam sekeliling dan juga pada objek buatan manusia.Jalinan adalah merupakan salah satu unsur seni yang dapat menunjukkan serta mempunyai kesan tampak yang berbeza mengikut objek.Oleh yang demikian, jalinan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

Jalinan sentuh:
-merupakan jenis jalinan yang mudah dikesan dengan menggunakan deria sentuhan.Contohnya, kulit buah-buahan seperti nanas dan buah manggis.

Jalinan sentuh yang terdapat pada bahagian kulit pokok yang dapat memberikan kesan kasar.

Jalinan tampak:
-merupakan suatu jalinan yang hanya boleh dilihat atau ditonton, tetapi tidak boleh dirasai melalui sentuhan.Contohnya, corak yang terdapat pada kertas warna pembalut hadiah.

Jalinan sentuh boleh didapati pada bahagian sayap burung serta bahagian-bahagian anggota lain.

Melalui contoh gambar di atas (kita cuba membayangkan yang kita berada di suasana persekitaran yang sebenar dan memerhati ciri-ciri benda hidup tersebut - burung), jalinan sentuh jelas digambarkan pada objek benda hidup seperti jalinan pada bahagian sayap burung berkenaan, jalinan pada permukaan daun-daun serta permukaan dahan-dahan serta kulit pokok.Bulu haiwan berkenaan sekiranya disentuh, mungkin akan menimbulkan kesan jalinan seperti kasar,lembut,tajam serta halus.Kita juga akan mengetahui kesan jalinan yang berbeza dari segi sifat-sifat jalinan sekiranya menyentuh daun tumbuhan serta objek-objek lain seperti dahan-dahan pokok.

E. Ruang
Dalam asas seni reka, penggunaan ruang secara terancang untuk menghasilkan sesuatu karya dapat menimbulkan nilai estetika yang tinggi serta menarik.Ruang adalah merupakan jarak yang wujud di antara objek sama ada di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni tampak.Ini dapat dijelaskan apabila objek-objek yang berada di kedudukan paling hadapan akan sentiasa lebih jelas serta besar berbanding dengan objek yang sama saiz yang berada di kedudukan belakang.Dalam karya seni tampak, ruang dapat ditimbulkan melalui kekuatan serta gubahan warna-warna, jalinan, rupa dan bentuk.

• Ruang Fizikal
-Merupakan ruang yang terdapat di alam persekitaran.Ruang fizikal ini boleh dibahagikan kepada ruang terbuka dan juga ruang tertutup.


Ruang terbuka - Ruang pada karya lukisan dan catan




Ruang tertutup - Reka Bentuk Bilik Tidur

F. Warna
Warna adalah merupakan salah satu elemen dalam unsur seni yang amat penting dalam penghasilan sesuatu karya.Warna adalah terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan juga warna tertier.Penggunaan warna yang terancang untuk menghasilkan sesuatu karya akan dapat menimbulkan pelbagai perasaan seperti ceria, gembira, sedih dan sebagainya.Warna juga berfungsi untuk mewujudkan gambaran sesuatu ruang dan juga perspektif.

i). Maksud Warna dalam Seni Visual
                                                                                 
                                                                                                                                                   
Sewarna - adalah gubahan yang dihasilkan dengan menggunakan satu warna dan diwujudkan dalam beberapa ton.

Warna Harmoni - adalah merupakan warna yang berada di kedudukan bersebelahan dalam roda warna.Dalam tafsiran yang lain, warna ini adalah merupakan suatu wana yang tidak bertentangan atau kontra.

Warna Penggenap - adalah merupakan warna yang bertentangan dalam roda warna.

Melalui karya lukisan yang dihasilkan di atas, warna memainkan peranan yang amat penting dalam usaha untuk menghasilkan sesuatu karya yang menarik di samping dapat memberikan mesej kepada seseorang tentang karya yang dihasilkan.Warna boleh diolah untuk menimbulkan kesan yang berbeza untuk membezakan sesuatu objek atau imej dalam karya.Penggunaan warna harmoni sebagai contohnya untuk mewarna daun tumbuhan dan objek burung kenyalang berupaya untuk mewujudkan kesan kesatuan serta keadaan yang seakan-akan ceria serta selesa. Seseorang pengkarya seharusnya sedia maklum bahawa warna boleh digunakan secara estetik dan penggunaan suhu warna yang terdiri daripada warna panas dan warna sejuk akan memurni serta memberikan kesan terhadap sesuatu hasil karya.





2 comments:

  1. Casinopatra Casino - Casino Arizona
    Casinopatra Casino is 사다리 사이트 a new m 2 슬롯 casino in Phoenix, Arizona, 사이트 제작 located in Tucson, United States. Read 포커 사이트 our reviews and find 바카라잔 out more.

    ReplyDelete

About Me

My photo
Lundu, Sarawak, Malaysia
Melibatkan diri secara tidak langsung dengan penghasilan karya seni halus ( Fine Arts ) dan juga merekabentuk signboard.Karya-karya yang bertemakan lukisan abstrak serta realistik adalah merupakan tema yang selalu digunakan semasa penghasilan karya."Di anugerahkan bakat semula jadi dalam seni" dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang arkitek."